Carian
Oppo A78 5G Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1099
January 13, 2023 Amy Maizuraa

Oppo A78 5G kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM1099. Ia merupakan sebuah telefon pintar 5G dengan janaan cip MediaTek Dimensity 700. Di samping turut memuatkan beberapa ciri utama lain seperti pembesar suara stereo, bateri 5000, sistem pengecasan 33W dan sokongan memori tambahan sehingga 8GB RAM.

Untuk lebih khusus, Oppo A78 5G dilengkapi skrin LCD sebesar 6.56-inci HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Dimensity 700, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Kapasiti bateri pula 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 33W.

Terdapat sokongan dwi-kamera dibelakang dengan sensor utama 50MP, di samping kamera swafoto 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, bluetooth 5.3, BLE, port USB-C, NFC dan bicu audio 3.5mm. Bagi yang berminat, ketersediaan adalah bermula 14 Januari 2023 menerusi pengedar sah Oppo Malaysia di Lazada dan Shopee.

Komen