Cari @ Amanz

Mercedes Akan Menghentikan Penggunaan Jenama EQ Selepas 2024

Oleh Nazrin

Link Copied!

Mercedes dilihat sebagai salah satu jenama kenderaan yang sudah mula memperkenalkan sejumlah kenderaan-kenderaan elektrik melalui model EQ mereka. Terbaru di Malaysia ialah Mercedes EQS 2022 yang hadir dengan tanda harga menghampiri RM700 ribu.

Walaupun begitu, Mercedes nampaknya tidak lagi akan meggunakan jenama EQ selepas 2024 selepas syarikat tersebut memperkenalkan sejumlah lagi kenderaan elektrik baru sekitar penghujung tahun tersebut.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini Mercedes sudahpun mempunyai pelan untuk mengeluarkan kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2030 kelak.

Perkara ini juga nampaknya hanya akan terkesan untuk kenderaan-kenderaan yang akan diperkenalkan di masa hadapan. Untuk kenderaan-kenderaan yang sudahpun menggunakan nama ini, ia akan kekal digunakan sehingga kenderaan-kenderaan tersebut tidak dikeluarkan lagi.

Ini adalah kerana buat masa ini, jenama EQ masih lagi jelas dikenali sebagai model kenderaan elektrik Mercedes, dan ia masih lagi cara termudah untuk orang ramai membezakan manakah penawaran elektrik dan petrol dari mereka.


Komen ()