Mobvoi Melancarkan Gedung Muka Jam Untuk Wear OS Dan watchOS

Diterbitkan pada Jan 13, 2023. oleh .

Mobvoi cukup terkenal dengan pelbagai produk memfokuskan kepada kesihatan seperti penawaran jam tangan pintar, penjejak kesihatan dan banyak lagi. Terkini, mereka telah melancarkan gedung muka jam yang bukan sahaja untuk Wear OS tetapi turut untuk watchOS.

Gedung muka jam ini adalah TimeShow. Untuk Wear OS ia bukan sesuatu perkara asing, tetapi untuk Apple Watch jarang jenama pengeluar peranti boleh pakai menawarkan pilihan muka jam untuk watchOS. Lebih menarik, dengan pelbagai muka jam sudah pun ditawarkan dalam TimeShow – Mobvoi turut menyatakan mereka akan menambah pilihan muka jam setiap minggu.

Melalui TimeShow, muka jam turut boleh diubahsuai seperti muka taip, kesan khas, atau juga Complications. Mobvoi turut hadir dengan TimeShow DIY yang membenarkan pengguna mencipta muka jam sendiri.

komen


© Amanz / 2023 Kami