NVIDIA Broadcast Memperkenalkan Eye Contact Untuk Memastikan Mata Memandang Kamera

Diterbitkan pada Jan 13, 2023. oleh .

NVIDIA Broadcast merupakan perisian penstriman yang memanfaatkan fungsi kecerdasan buatan kad grafik NVIDIA untuk memperbaiki mutu penstriman masa nyata dari segi kualiti rakaman, audio dan sebagainya.

Terkini, NVIDIA baru sahaja memperkenalkan kemaskini NVIDIA Broadcast 1.4 yang memperlihatkan beberapa ciri-ciri baru yang menarik, tetapi yang paling utama ialah Eye Contact, yang menggunakan kecerdasan buatan dan juga ciri deepfake untuk membuatkan mata anda kelihatan seolah-olah anda sedang memandang kamera, walaupun ianya mungkin sedang memandang ke tempat lain.

NVIDIA mengatakan bahawa fungsi Eye Contact ini akan berguna untuk penstrim yang mahu membaca skrip dan mahu melihat ke kamera pada masa yang sama, dan boleh juga digunakan dalam perjumpaan telesidang untuk membuat anda kelihatan seperti anda sedang memberi perhatian kepada sesi tersebut.

Kemaskini NVIDIA Broadcast 1.4 sudahpun boleh mula dimuat-turun sekarang.

komen


© Amanz / 2023 Kami