Harga Jualan Vivo Y22s Dikemaskini Ke RM899

Diterbitkan pada Jan 13, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo Y22s telah dilancarkan di Malaysia pada November lalu sebagai sebuah peranti berspesifikasi pertengahan. Antara ciri utama yang diketengahkan pada peranti ini termasuklah pemproses Snapdragon 680, kamera utama 50MP dan bateri 5,000mAh.

Berkongsi lanjut, harga jualan peranti telah dikemaskini kepada RM899 sebuah. Ini menjadikannya dijual dengan diskaun RM100 lebih murah berbanding harga asalnya RM999. Hal ini diumumkan oleh Vivo Malaysia menerusi kemaskini baharu di Facebook pada hari ini dan boleh dibeli menerusi kedai atas talian rasmi Vivo Malaysia.

Untuk spesifikasi, Vivo Y22s dilengkapi skrin IPS LCD HD+ sebesar 6.55-inci. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 5000mAh yang turut menyokong sistem pengecasan berwayar 18W. Kamera utama pula 50MP + 2MP dan kamera swafoto sebesar 2MP.

komen


© Amanz / 2023 Kami