Tim Cook ialah CEO yang menerima gaji dan pendapatan tertinggi di dunia di belakang Elon Musk dan Robert Scaringe. Ini adalah kerana sejak meneraju Apple, pendapatan syarikat terus meningkat melangkaui yang dicapai di bawah Steve Jobs. Sungguhpun pendapatan syarikat masih lagi baik dengan produk masih laku, Apple akan memotong pendapatan beliau sebanyak 41.7% pada tahun 2023.
Tahun ini pendapat beliau ialah $49 juta berbanding $84 juta pada tahun 2022. Pemotongan dilakukan selepas disarankan sendiri oleh Cook dan bimbingan oleh pelabur selepas melihat ramalan ekonomi dunia 2023 yang tidak begitu positif. Walaupun pendapatan dipotong, sebagai pampasan peratusan stok yang diterima beliau yang berkait dengan prestasi Apple dinaikkan ke 75% berbanding hanya 50% tahun ini.
Kejayaan terbesar Tim Cook ialah menjadikan syarikat tidak lagi bergantung kepada jualan iPhone dan iPod untuk terus relevan di dalam industri. Di bawah kendalian Cook, perniagaan perkhidmatan Apple kini menjana lebih banyak pendapatan berbanding perniagaan lain kecuali Apple.