Menteri : Lebih Banyak Laluan RFID Akan Ditambah Di Plaza Tol

Diterbitkan pada Jan 13, 2023. oleh .

Menteri Kerja Raya kini berkongsi mengatakan akan menambah sebanyak 12 lorong RFID di lebuhraya – sekaligus mengatasi masalah kesesakan pada lorong RFID, selain memudahkan lagi pengguna dalam menggunakan pembayaran berasaskan RFID di plaza Tol.

Melalui perbincangan, sebanyak 10 lorong tambahan akan ditambah di Lebuhraya Utara Selatan, 1 lorong tambahan di Jambatan Pulau Pinang, dan 1 di Lebuhraya Butterworth-Kulim.

Penyedia lebuhraya memberikan komitmen untuk melaksanakan penambahan lorong RFID ini selewat-lewatnya pada April 2023 kelak.

komen


© Amanz / 2023 Kami