Carian
Kerajaan Akan Umum Pakej Jalur-Lebar Talian Tetap Yang Lebih Murah Dalam Masa Kurang Seminggu
January 13, 2023 Aman

Menteri Komunikasi dan Digital telah pun sedia mengumumkan sebuah pakej prabayar baharu pada harga lebih kompetitif sebelum ini, dan kini beliau, Fahmi Fadzil turut berkongsi mengatakan akan umum jalur-lebar talian tetap baharu yang lebih murah dalam masa kurang seminggu.

Buat masa ini, info berkaitan dengan pakej talian tetap atau berasaskan fiber ini masih tidak diketahui lagi.

Pada hari ini, Telekom Malaysia dan Maxis menawarkan pakej 30Mbps pada harga RM89 sebulan, sementara TIME pula menawarkan pakej 100Mbps pada harga RM99 sebulan.

Ia tidak diketahui lagi apakah pakej yang bakal diumumkan, dan berapakah harga langganannya kelak. Mungkinkah kita akan melihat apa-apa penawaran dibawah RM50 untuk jalur-lebar talian tetap ini daripada penyedia rangkaian internet?

Komen