Carian
Cereka Dikemaskini Dengan Paparan Certot Seumpama “Stories”, Sokongan Carian, Dan TBR
January 14, 2023 Aman

Cereka, salah satu aplikasi tempatan yang memfokuskan kepada pembacaan pelbagai buku secara digital dalam bentuk langganan, kini telah pun memperkenalkan kemaskini terbaru dengan sejumlah pembaharuan.

Perkara utama yang tampak berbeza berbanding versi sebelumnya adalah antaramuka. Berbeza dengan penggunaan tiga tab berasingan sebelum ini, ia kini dihimpunkan semuanya dalam satu halaman utama sahaja. Cerpen dan Novel diketengahkan di hadapan, sementara Certot (cerita kontot) pula dipaparkan dalam bentuk seumpama Stories pada aplikasi sosial.

Pada masa yang sama, kemaskini terbaru ini turut menyertakan sokongan carian untuk memudahkan pencarian buku mengikut genre, penerbit atau penulis.

Satu lagi ciri baharu yang ditambah juga adalah apa yang dinamakan sebagai “Cerbaca”, membolehkan pengguna melabel sesuatu buku untuk dibaca pada kemudian masa.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Cereka di App Store dan Google Play Store. Buat masa ini, ia ditawarkan melalui aplikasi mudah-alih sahaja. Cerpen dan Certot boleh dibaca secara percuma tanpa sebarang langganan, sementara untuk novel pula ia ditawarkan pada harga langganan RM4.90 sebulan.

Komen