Isu Garisan Pada Skrin iPhone 14 Pro Akan Diselesaikan Menerusi iOS 16.3

Diterbitkan pada Jan 15, 2023. oleh .

Sebilangan pengguna iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max melaporkan isu garisan pada skrin peranti mereka selepas ia diaktifkan. Ada yang sekadar memaparkan satu garis dan dalam kes lebih serius puluhan garisan dapat dilihat sehingga peranti tidak boleh digunakan. Menurut laporan MacRumors, Apple menyedari akan isu ini dan akan menyelesaikannya menerusi kemas kini iOS 16.3.

Pada waktu ini iOS 16.3 masih sedang menjalani proses ujian Beta. Berita baik di sini ialah isu ini bukan isu perkakasan yang memaksa pemilik menghantar peranti untuk menggantikan skrin. Tetapi pada waktu yang sama isu seperti ini tidak sepatutnya berlaku pada peranti baharu yang dijual pada harga yang tinggi.

komen


© Amanz / 2023 Kami