Kekurangan Mikrocip – Pengeluaran Kad Pengenalan Kanak-Kanak MyKid Ditangguh 6 Bulan
January 15, 2023
Lain-lain
Aman
Jabatan Pendaftaran Negara kini memaklumkan yang mana disebabkan oleh masalah kekurangan mikrocip pada peringkat global sejak pandemik Covid-19, ia turut memberikan kesan kepada pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak yang dikenali sebagai MyKid.
Disebabkan oleh masalah ini, pengeluaran kad pengenalan MyKid bagi bayi baru lahir ditangguhkan sehingga 6 bulan lamanya.
Walaubagaimanapun, proses permohonan masih diteruskan seperti biasa, tetapi ibu bapa cuma perlu menugngu untuk tempoh masa yang lebih lama disebabkan oleh masalah kekurangan cip ini.
[sumber]Sumber : Bernama[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.