Dengan pelbagai perkhidmatan penstriman di pasaran hari ini, pelbagai kaedah dilihat dalam memastikan pengguna terikat dan teruskan langganan bersama mereka. Terbaru, hadir desas-desus baharu mengatakan Apple mungkin membida untuk hak penstriman English Premier League melalui Apple TV+.
Ia dikatakan hak siaran kini dipegang oleh Sky Sports sehingga tahun 2025 kelak, dan hak siarannya dijangka akan ditawarkan untuk bidaan pada tahun ini.
Apple sendiri sedia memperlihatkan minat dalam arena sukan sejak kebelakangan ini, dan mendapatkan hak siaran EPL pada platform Apple TV+ semestinya akan meningkatkan kadar langganan perkhidmatan penstriman mereka.
Apple sedia mempunyai dana yang mencukupi dalam mendapatkan hak siaran tersebut. Berkemungkinan, selain Apple, beberapa syarikat penstriman lain juga mungkin membida untuk hak siaran sama.
- Sumber : DailyMail