Astro Menawarkan Tontonan Percuma Untuk Sejumlah Saluran Baharu Sehingga 31 Januari

Diterbitkan pada Jan 15, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Astro hari ini mengumumkan penawaran tontonan percuma untuk 10 saluran terpilih melalui Astro TV atau Astro Go – sehingga 31 Januari 2023.

Dibawah penawaran ini, antara saluran yang boleh ditonton adalah tvN HD (Ch395), BOO HD (Ch404), Showcase Movies (Ch413), CNN HD (Ch511), BBC World News HD (CH512), CBeebies (Ch620), DreamWorks (Ch622), Love Nature (Ch558) dan juga Global Trekker (Ch559).

Astro menawarkan tontonan percuma ini disebabkan anugerah Putra Brand Awards 2022 yang dimenangi baru-baru ini.

Disamping saluran percuma, Astro turut menawarkan pelanggan GoShop dengan diskaun RM12 untuk pembelian RM120 dan ke atas, melalui penggunaan kod promo PUTRA12 – terhad sehingga 3 Februari 2023.

komen


© Amanz / 2023 Kami