Cari @ Amanz

Kelab Bola Sepak Terengganu, kini hadir dengan sebuah platform penstriman mereka tersendiri, dinamakan sebagai TFC Play.

Melalui platform tersebut, ia dianggarkan pengguna akan ditawarkan dengan sejumlah kandungan eksklusif untuk para peminat pasukan tersebut, termasuk dokumentari, filem, siaran langsung perlawanan, diari pasukan, dan sebagainya. Ia dianggarkan sekitar 95 video akan tersedia melalui TFC PLay dalam tempoh setahun.

TFC Play ini ditawarkan pada harga langganan RM7 sebulan, dan turut diberikan diskaun untuk langganan tahunan – dimana ia berharga RM60 untuk langganan setahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd