DG1 Buka Peluang Lebih Besar Untuk Perniagaan Digital Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 16, 2023. oleh .

Adakah anda mempunyai perancangan untuk memulakan perniagaan dalam masa terdekat ini? Selain daripada ilmu dan pengetahuan, perkara utama lain yang perlu diambil kira adalah membangunkan laman web perniagaan. Hal ini bagi membolehkan perniagaan anda dilihat lebih profesional dan dipercayai berbanding mereka yang hanya mempunyai profil media sosial semata-mata.

Selari dengannya, pengenalan DG1 di Malaysia telah membuka peluang lebih besar buat mereka yang mahu memulakan pernigaan digital tersendiri. Ia merupakan sebuah lagi penyedia kedai atas-talian yang membolehkan peniaga menggunakan platform mereka dalam menjual produk masing-masing.

Pelbagai ciri lengkap yang ditawarkan buat ramai peniaga bermulalah daripada pengurusan produk sehingga penghantaran. Keseluruhan sistem dikendali secara automarik, dalam masa sama direka bentuk dengan baik bagi membimbing pengguna menjadi aktif dalam perniagaan atas talian mereka.

Melaluinya ia menyediakan pelbagai variasi tema yang boleh diubah suai mengikut kehendak pengguna, sekaligus membolehkan pengguna tampil unik dan berbeza dengan yang lain. Bukan itu sahaja, pengguna turut boleh menyemak minat pelanggan secara menyeluruh bagi menambah pulangan pelaburan. Seterusnya memberi galakan kepada mereka untuk membeli produk lain.

Selanjutnya, DG1 turut bekerjasama dengan beberapa perkhidmatan pembayaran seperti BillPlz, PayPal dan ipay88 bagi membolehkan pengguna mengintegrasikan setiap lapisan pembayaran dalam talian dengan mudah. Sistem invois yang disertakan pula dapat membantu menguruskan dan merekod setiap transaksi antara pernigaan dan pelanggan dengan lebih sistematik.

Bagi yang berminat, DG1 menawarkan akses percuma selama 14 hari untuk tujuan percubaan. Seterusnya, pelan langganan pula bermula 290.00 USD (~RM1250)/bulan.

Berkongsi dengan Amanz, DG1 memaklumkan, berikut adalah pecahan peratusan pengguna yang dibahagikan mengikut wilayah yang mana didahului dengan 35% dari Eropah, 40% dari Jepun dan 15% pula mewakili pengguna di Asia Tenggara.

Dalam masa sama, DG1 kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertumbukan di rantau Asia Tenggara. Kemudian, hasil kerjasama dengan ASEAN Young Entrepreneurs Council (AYEC) secara tidak langsung turut menyokong pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk lebih berdaya tahan.

komen


© Amanz / 2023 Kami