Pihak PDRM kini menyasarkan untuk semua saman yang dikeluarkan oleh penguatkuasa JPJ dan juga PDRM, diintegrasikan ke dalam satu pangkalan data yang sama pada tahun 2023 ini.
Dengan integrasi ini, ia akan menjadikan proses penguatkuasaan lebih efektif, termasuk memudahkan penguatkuasaan sistem mata Demerit KEJARA.
Disamping itu, apabila seseorang pemandu menerima saman lalulintas, maka sistem akan rekodkan maklumat dengan cepat, tanpa bergantung kepada input secara manual.
Buat masa ini, integrasi saman daripada pihak PBT seperti masih belum dirancang lagi ke dalam sistem sama.
- Sumber : RMP