CIMB Kini Memudahkan Anda Membekukan Akaun CIMB Clicks Terus Melalui Aplikasi

Diterbitkan pada Jan 16, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

CIMB kini menawarkan kemaskini kepada aplikasi mudah-alih CIMBClicks, sekaligus menambah ciri baharu dinamakan “Lock Clicks ID”.

Melalui ciri ini, ia membolehkan seseorang pengguna CIMBClicks untuk membekukan akaun serta-merta apabila mendapati sebarang aktiviti mencurigakan pada akaun mereka. Ini termasuk membolehkan anda membekukannya sekiranya anda merasakan akaun anda menjadi sasaran penipu atau scammer.

Apa pun, sekiranya anda membekukan akaun anda, anda akan perlu ke cawangan CIMB terdekat untuk nyah-beku akaun anda, dan menggunakannya kembali.

Untuk mengaksesnya, anda hanya perlu ke halaman Services > Clicks Profile dan pilih Lock Clicks ID.

komen


© Amanz / 2023 Kami