Carian
Aplikasi Gas Petronas Akan Ditamatkan Pada 31 Januari 2023
January 16, 2023 Aman

Gas PETRONAS kini memaklumkan para pengguna yang mana mereka akan menamatkan penawaran aplikasi Gas PETRONAS berkuat-kuasa 31 Januari 2023 kelak.

Dengan penamatan ini, pengguna perlu melihat kepada kaedah alternatif untuk tempahan lanjut. Gas PETRONAS sendiri mencadangkan pengguna untuk membuat tempahan melalui Mesralink pada masa akan datang pada talian 1-300-888-427. Atau sebagai alternatif, anda juga turut boleh menggunakan Setel, tetapi perlu ke stesen Petronas terdekat yang menyokongnya.

Sebelum ini, para pengguna boleh melakukan tempahan untuk gas PETRONAS melalui aplikasi tersebut, dan seterusnya ia akan dihantar kepada rumah atau lokasi ditetapkan pada hari ditetapkan.

Ia tidak diketahui sama ada ia ditamatkan kerana kurangnya angka pengguna, atau kenapa. Kehilangan ini mungkin menyukarkan beberapa pengguna setia yang aktif menggunakan aplikasi Gas Petronas ini.

Komen