Carian
Pembangun Kecerdasan Buatan Stable Diffusion, Midjourney Dan DeviantArt Disaman Oleh Artis
January 17, 2023 Effi Saharudin

Kecerdasan buatan Stable Diffusion dan Midjourney membolehkan karya seni digital dihasilkan dalam masa beberapa saat sahaja selepas input teks diberikan oleh pengguna. Kewujudan kecerdasan buatan ini menerima tentangan artis digital kerana ia dilatih menggunakan karya digital artis manusia tanpa kebenaran. Semalam tiga artis dari Amerika Syarikat mengemukakan saman ke atas Stability AI, Midjourney dan DeviantArt.

Sarah Andersen, Kelly McKernan, dan Karla Ortiz berkata kecerdasan buatan Stable Diffusion, Midjourney dan DreamUp yang dibangunkan oleh tiga syarikat yang disaman melanggar harta intelek berjuta-juta artis sedunia tanpa kebenaran.

Saman difailkan oleh peguam Matthew Butterick dan Joseph Saveri Law Firm yang telah menyaman Microsoft, GitHub, dan OpenAI yang didakwa menggunakan kod orang lain yang diambil tanpa kebenaran untuk kecerdasan buatan CoPilot yang boleh menulis kod. Butterick dalam blog beliau berkata ini ialah langkah untuk memastikan kecerdasan buatan adalah adil dan beretika kepada semua orang.

Komen