Musim perayaan kerap dijadikan sebab untuk melakukan penaiktarafan peranti lama ke peranti baharu. Waktu inilah peranti terkini ditunjukkan kepada saudara mara yang lama tidak berjumpa di kampung. Sempena Tahun Baru Cina 2023, Huawei menawarkan program tukar ganti dengan nilai mencecah RM2488 untuk peranti lama yang dimiliki.

Sebagai contoh nilai sehingga RM706 untuk Mate20 Pro, RM1644 untuk Mate30 Pro dan RM2488 untuk Mate40 Pro. Ini boleh dilakukan pada beberapa kedai rasmi Huawei seperti yang tertera di atas. Tempoh promosi tukar ganti sudahpun bermula dengan ia akan berakhir pada 5 Februari 2023.