Xiaomi Menawarkan Warna Baharu Untuk Tali Jam Watch S1 Pro, Watch S2 Dan Band 7 Pro

Diterbitkan pada Jan 17, 2023. oleh .

Xiaomi Band 7 Pro, Watch S1 Pro dan Watch S2 telah dilancarkan tahun lalu dengan penawaran berbeza mengikut keperluan serta kehendak target pengguna masing-masing. Berkongsi lebih lanjut, ketiga-tiga kini hadir dengan pilihan tali jam dalam warna baharu – iaitu Magenta.

Melaluinya, ia menampilkan kemasan serba merah yang kemudianny digabungkan dengan kerangka jam bewarna emas untuk Xiaomi Band 7 Pro. Sementara itu, kerangka perak pula pada Xiaomi Watch S1 Pro dan Watch S2. Turut disertakan adalah rekaan arnab yang juga diperlihatkan pada bahagian muka jam peranti boleh pakai ini.

Pengenalan warna baharu ini adalah selari dengan musim perayaan yang kelak tiba. Tiada perubahan spesifikasi yang dilakukan oleh Xiaomi, sebaliknya ketiga-tiganya masih mengekalkan sokongan seperti sedia ada. Untuk harga, tali jam Magenta untuk Band 7 Pro dijual pada RMB59 (~RM38). Manakalan, Watch S1 Pro dan Watch S2 pula berharga RMB99 (~RM63) seutas.

komen


© Amanz / 2023 Kami