Cari @ Amanz

Samsung melancarkan sensor 200MP terkini mereka ISOCELL HP2. Sensor ini mempunyai saiz pixel 0.6 μm dan pada waktu yang sama mempunyai saiz fizikal 1/1.3” yang lazimnya digunakan pada sensor 108MP.

Menerusi HP2, Samsung berkata gambar beresolusi lebih tinggi dapat diambil tanpa peningkatan pada bonggol kamera peranti. Kerana saiz megapixelnya yang besar, HP2 boleh berubah mod bergantung kepada situasi. Dalam situasi gelap misalnya gambar 12.5MP boleh diambil dengan 16 pixel digabungkan menjadi satu untuk imej waktu malam yang lebih terang dan tajam.

Untuk rakaman video 8k 30p pula, pixel digabungkan untuk mengambil video dalam mod 50MP. Ini adalah saiz megapixel yang lebih besar berbanding 33MP yang diperlukan. Hasilnya ialah video yang lebih tajam.

Menurut Samsung lagi dengan teknologi Dual Vertical Transfer Gate (D-VTG), isu gambar dengan warna yang tidak hidup dan dedahan berlebihan dapat diselesaikan. Sensor juga dilengkapi dengan sistem pemfokusan Super QPD dengan keseluruhan 200MP pada pixel digunakan bagi menghasilkan sistem pemfokusan yang pantas. Pengeluaran sensor telah dilakukan tetapi syarikat pertama yang menggunakan ISOCELL HP2 belum diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd