Carian
Apple Memaksa Pengguna Apple TV 4K Memiliki iPhone
January 17, 2023 Fahim Zahar

Apple TV 4K adalah kotak set yang menjalankan tvOS untuk mengubah televisyen biasa kepada televisyen pintar. Atau televisyen pengguna menjalankan webOS/Android TV yang sudah tidak dikemaskini, penggunaan produk seperti Apple TV 4K atau Mecool KM7 Plus adalah pilihan bijak untuk menikmati kandungan penstriman berkualiti atau juga bermain permua pada skrin besar.

Apple TV 4K 2022 adalah model terkini yang dilancarkan pada tahun lepas, di mana ia menggunakan saiz yang lebih kecil, Siri Remote dengan USB-C serta harga jualan yang lebih mesra pengguna. Tetapi tahukah anda, Apple TV 4K tidak boleh digunakan jika anda tidak memiliki iPhone atau iPad yang menjalankan iOS 16/iPadOS 16?

Ini kerana, jika terdapat kemaskini pada tvOS misalnya tvOS 16 dengan Terma Dan Syarat iCloud baharu – pengguna perlu menggunakan iPhone untuk menerima dan setuju padanya. Bukan itu sahaja, Apple TV 4K dan peranti iOS turut perlu mempunyai akaun yang sama dan tidak boleh menggunakan akaun berbeza. Selain itu, jika tetapan Apple ID belum dikemaskini seperti kata laluan atau butiran lain – iPhone turut diperlukan berada berdekatan dengan Apple TV 4K untuk melakukan perkara sedemikian.

Dengan kata lain, Apple memaksa pengguna memiliki iPhone jika ingin menggunakan kotak set Apple TV 4K mereka.

Komen