Apple Mac Mini Dikemaskini Dengan Cip Apple M2 Pro – Berharga Mencapai Sehingga RM18,399

Diterbitkan pada Jan 17, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini memperkenalkan kemaskini kepada model komputer kompak mereka, Apple Mac Mini. Komputer kompak bersaiz mini ini kini hadir dengan pilihan cip Apple M2 dan juga Apple M2 Pro yang terbaru.

Dengan cip berkuasa terbaru ini, ia sekaligus membolehkan para pengguna Mac Mini baharu ini melakukan tugasan yang lebih berat melaluinya – termasuk untuk menyunting grafik, video, mahupun tugasan pengaturcaraan dan sebagainya.

Apple turut mengatakan kini Mac Mini turut boleh melakukan tugasan lebih kompleks, termasuk penggunaan pelbagai kamera, penyuntingan video ProRes, selain memainkan permainan video pada kualiti konsol.

Di Malaysia, Mac Mini baharu ditawarkan pada harga bermula RM2499, dan boleh mencapai sehingga RM18,399 apabila pelbagai spesifikasi dimaksimakan.

komen


© Amanz / 2023 Kami