Acara pelancaran siri Samsung Galaxy S23 akan berlangsung pada awal pada 2 Februari ini. Seperti biasa maklumat mengenai rekaan dan spesifikasi peranti mula tertiris ke arena web. Pagi ini menerusi lama Winfuture spesifikasi untuk Samsung Galaxy S23 dan Galaxy S23+ telah tertiris sepenuhnya.
Samsung Galaxy S23 dilengkapi skrin 6.1″ Dynamic AMOLED 2X 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 3900 mAh yang menyokong pengecasan 25W sahaja.
Kamera utama menggabungkan lensa sudut lebar 50MP dengan OIS, ultra sudut lebar 12MP dan lensa telefoto 10MP dengan kemampuan zum optikal 3x. Di hadapan pula kamera swafoto 12MP disertakan. Peranti mempunyai sistem audio stereo, kemampuan kalis air IP68 dan menggunakan One UI 5.1 berasaskan Android 13.
Samsung Galaxy S23+ pula dilengkapi skrin 6.6″ Dynamic AMOLED 2X 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 8GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4700 mAh yang menyokong 45W yang lebih pantas.
Kamera utama sama seperti Galaxy S23 iaitu menggabungkan lensa sudut lebar 50MP dengan OIS, ultra sudut lebar 12MP dan lensa telefoto 10MP dengan kemampuan zum optikal 3x. Di hadapan pula kamera swafoto 12MP disertakan. Peranti mempunyai sistem audio stereo, kemampuan kalis air IP68 dan menggunakan One UI 5.1 berasaskan Android 13.