Carian
Pengeluaran Telefon Pintar Turun 11% Sepanjang 2022 – Samsung Masih Di Tangga Teratas
January 18, 2023 Effi Saharudin

Menurut laporan Canalys, pengeluaran telefon pintar sepanjang 2022 menyusut 11% berbanding 2021. Hanya sekitar 1.2 bilion peranti dikeluarkan sepanjang tahun lalu disebabkan oleh tekanan ekonomi, inflasi dan pandemik yang masih belum berakhir. Samsung masih lagi pengeluar telefon pintar terbesar dunia dengan pegangan 22% pasaran.

Ini diikuti rapat oleh Apple (19%), Xiaomi (13%), Oppo (9%) dan Vivo (9%). Hanya Samsung dan Apple mencatatkan peningkatan pegangan pasaran pada tahun 2022. Sungguhpun begitu pada Q2 2022, Apple adalah pengeluar telefon pintar dengan pegangan 25% pasaran. Situasi industri masih lagi merisaukan kerana pada Q4 2022, pengeluaran telefon pintar menjunam 17% berbanding suku yang sama 2021. Ini adalah penurunan pengeluaran paling besar sejak sedekad lalu.

Komen