Touch n Go hari ini secara rasminya memperkenalkan kad prabayar mereka yang dipautkan dengan baki TNG eWallet – hasil kerjasama dengan pihak VISA. Namun, salah satu perkara yang mungkin mendukacitakan ramai adalah kerana kad VISA ini adalah berasingan dengan penawaran kad TNG sedia ada.
Hal ini adalah disebabkan oleh had penggunaan cip NFC pada kad tersebut. Pihak TNG mengatakan cip NFC untuk teknologi PayWave dan juga cip NFC untuk TNG adalah bercanggahan dan tidak boleh beroperasi sama.
Buat masa ini, disebabkan oleh kekangan teknologi, ia membuatkan tiada sokongan pembayaran TNG biasa disertakan pada kad berkenaan.
TNG mengatakan sebelum ini mereka sedia menyasarkan untuk mengintegrasikan kedua-dua cip dalam kad – tetapi kekangan teknologi membuatkan ia tidak dapat dijayakan buat masa ini.