Carian
Samsung Galaxy Book2 Go Dan Book2 Go 5G Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 7c+ Gen 3
January 18, 2023 Amy Maizuraa

Samsung kini hadir dengan kemaskini baharu untuk komputer riba di bawah diri Galaxy Book Go. Melaluinya, Galaxy Book2 Go dan Galaxy Book2 Go 5G diumumkan dengan sokongan cip Snapdragon 7c+ Gen 3. Kelebihan untuk variasi 5G adalah sokongan dwi-SIM disertakan, dalam masa sama modem 5G disertakan menyokong rangkaian 5G sub-6GHz.

Untuk spesifikasi lain, skrin sebesar 14-inci IPS LCD dengan resolusi FHD (1080P) digunakan, di samping paparan dengan kebolehan bukaan sehingga 180 darjah. Turut disertakan, pilihan memori sehingga 8GB RAM dan storan mencapai 256GB terbina. Kapasiti bateri pula sebesar 42.3Wh yang turut dilengkapi pengecasan dengan kuasa output 45W.

Ia juga memuatkan sebuah kamera web HD, di samping pilihan I/O yang terdiri dengan 2 x USB-C, 1 USB2.0, USD, HP/Mic dan slot SIM Nano. Harga jualan bermula £499 (~RM2,653) untuk Galaxy Book2 Go (4GB/128GB), sementara itu variasi 5G pula £649 (~RM3452) (4GB/128GB) dan £749 (~RM3983) (8GB/256GB). Ketersediaan adalah bermula penghujung Januari dan hanya ditawarkan di pasaran terpilih.

Komen