#LG

LG UltraGear 25GR75FG Ialah Monitor Gaming Dengan Skrin 24.5″ 360Hz

Diterbitkan pada Jan 18, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LG Electronics (LG) mempunyai barisan monitor gaming tersendiri yang kebanyakan daripadanya mempunyai ciri dan fungsi cukup menarik. Terbaharu, mereka hadir dengan LG UltraGear 25GR75FG yang turut menjadi monitor gaming rasmi untuk Kejohanan League of Legends Eropah pada tahun ini.

Bercakap mengenai spesifikasi, ia dilengkapi skrin sebesar 24.5-inci beresolusi FHD (1920 X 1080 piksel) dengan kadar segar semula 360Hz dan masa tindak balas 1ms. Turut melengkapinya adalah teknologi NVIDIA G-SYNC untuk sokongan skrin dengan visual yang lancar, di samping beberapa ciri tambahan lain seperti sokongan VESA DisplayHDR 400 dan gamut warna sRGB 97%.

Pilihan I/O pula terdiri dengan 2 X HDMI 2.0, 1 X DisplayPort1.4, 3 X USB 3.0 dan H/P (out). Kesemua ciri dan fungsi ini dimuatkan dalam sebuah monitor dengan saiz bezel yang nipis pada bahagian sisi dan atas. Dalam masa sama, ia turut dipadankan dengan tapak yang dilihat seakan diperbuat daripada logam tegap. Tiada maklumat mengenai harga jualan dikongsikan setakat ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami