Micron Memperkenalkan Memori DDR5 Dengan Kapasiti 24GB Dan 48GB

Diterbitkan pada Jan 18, 2023. oleh .

Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat dan keperluan orang ramai dan syarikat-syarikat untuk sistem perkomputeran yang lebih pantas, Micron baru-baru ini telah memperlihatkan penawaran memori DDR5 terbaru mereka, yang kini hadir dengan kapasiti yang cukup besar sekali.

Memori DDR5 terbaru keluaran Micron ini hadir dengan kapasiti 24GB dan juga 48GB dan mempunyai kelajuan penghantaran data 5200MT/s dan juga 5600MT/s, yang mana ia adalah kelajuan penghantaran data yang kebiasaan untuk memori jenis ini.

Modul memori DDR5 dengan kapasiti yang tinggi ini dikatakan menggunakan cip memori 24Gb yang baru sahaja dilancarkan oleh Micron baru-baru ini. Kedua-dua memori ini boleh digunakan dalam konfigurasi 48GB dan 96GB dual-channel DDR dan menyokong kedua-dua ciri lewah-jam memori AMD EXPO dan Intel XMP.

Buat masa ini Micron masih belum mengumumkan lagi bilakah mereka akan mula menjual memori DDR5 dengan kapasiti terbaru ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami