Carian
Jurutera Tesla Mengatakan Video Autopilot Pada 2016 Adalah Palsu
January 18, 2023 Nazrin

Pada tahun 2016, Tesla telah mengeluarkan sebuah video yang memperlihatkan kemampuan teknologi swapandu mereka yang dinamakan Tesla Autopilot.

Video tersebut memperlihatkan kebolehan kenderaan Tesla untuk berhenti dan bergerak tanpa memerlukan input pemandu di simpang jalan raya, dan cukup bijak untuk melihat keadaan sekeliling, termasuklah jumlah kenderaan di jalan raya dan juga keadaan lampu isyarat sewaktu memandu.

Tesla kini di mahkamah kerana isu kemalangan yang berkaitan dengan teknologi swapandu Autopilot tersebut yang menyebabkan kematian jurutera Apple, Walter Huang pada tahun 2018.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Pengarah Autopilot Tesla, Ashok Elluswamy telah memberi kenyataan di mahkamah dengan mengatakan bahawa video yang dikeluarkan pada tahun 2016 sebenarnya adalah palsu.

Video tersebut, yang masih boleh ditonton di laman web Tesla memperlihatkan sebuah Tesla Model X dipandu tanpa memerlukan input daripada pemandu. Ia dilaporkan pada masa tersebut, teknologi Autopilot masih belum dibangunkan dengan sempurna, dan semua ciri-ciri swapandu yang diperlihatkan hanyalah dari segi hipotetikal.

Malah, kenderaan-kenderaan Tesla dibangunkan kemudiannya memperilhatkan pengurangan dari segi sensor dan kamera yang dibekalkan, yang juga dipersoalkan oleh pelbagai pihak kerana ia dilihat sebagai penurunan taraf tahap keselamatan kenderaan tersebut.

Komen