Tahun Baru Cina akan diraikan pada hujung minggu ini dengan ramai akan mengambil cuti panjang dengan menyambutnya di kampung. Selari dengan perayaan besar ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju memberi pengecualian bagi semua kategori kenderaan di semua lebuh raya pada 20 dan 21 Januari.
Dengan tiada kutipan tol, isu kesesakan jalan raya di lebuh raya disebabkan oleh kenderaan melakukan pembayaran akan dapat diselesaikan. Perdana Menteri menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sepanjang musim perayaan ini bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.