Carian
TNG eWallet Bakal Hadir Dengan Ciri Kredit Seumpama BNPL Pada Tahun Ini
January 18, 2023 Aman

Touch n Go eWallet hari ini berkongsi mereka menyasarkan untuk memperkenalkan sebuah ciri berbentuk kredit pada aplikasi mereka menjelang suku ketiga atau ke-4 tahun 2023 ini.

Melalui ciri ini, ia akan membolehkan pengguna berbelanja terlebih dahulu sebelum perlu tambah-nilai ke dompet digital berkenaan.

Pengguna boleh berbelanja sejumlah wang yang dibenarkan ke atas akaun mereka, dan seterusnya membayar pada penghujung bulan. Buat masa ini, mekanisma penuh berkaitan penggunaannya masih tidak diketahui sepenuhnya.

Touch n Go eWallet turut mengatakan ciri kredit ini lebih baik berbanding BNPL yang ditawarkan beberapa penyedia – kerana kredit boleh digunakan untuk pelbagai tujuan pembayaran – apatah lagi dengan sokongan untuk kad Visa baru-baru ini.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan pengenalan ciri baharu ini tidak lama lagi oleh Touch n Go eWallet.

Komen