Aplikasi Astro Fibre Dilancarkan Untuk Pemantauan Dan Kawalan Penggunaan Internet

Diterbitkan pada Jan 18, 2023. oleh .

Astro telah menjadi penyedia perkhidmatan internet pada tahun lepas melalui pengenalan Astro Fibre, di mana sambungan internet yang ditawarkan adalah melalui teknologi gentian optik. Penawaran mereka agak menarik dengan harga bermula RM99 untuk kelajuan 50Mbps dan turut mempunyai pelan berkas bersama langganan Astro.

Kini, mereka telah melancarkan aplikasi Astro Fibre yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store. Aplikasi ini membolehkan pengguna memantau prestasi rangkaian WiFi seperti melihat jika ada masalah penurunan kelajuan, dan lain-lain.

Selain itu, aplikasi ini turut membenarkan pengguna berkeluarga memantau penggunaan WiFi anak-anak dan jika ada tetamu ingin kata laluan WiFi – kod QR akan dipaparkan untuk imbas dan sambung. Bersama-sama dengan aplikasi ini, Astro turut memperkenalkan berkas langganan RM164.99 sebulan yang menawarkan pakej Astro Fibre 50Mbps dan Pek Movies untuk akses kepada Astro Go, Disney+ Hotstar dan HBO Go.

komen


© Amanz / 2023 Kami