Aplikasi Google Home Kini Boleh Mengawal Pelbagai Jenama Televisyen

Diterbitkan pada Jan 18, 2023. oleh .

Jun tahun lepas, aplikasi Google TV telah dikemaskini dengan sokongan alat kawalan jauh untuk mengawal televisyen Android TV atau Google TV. Ciri alat kawalan ini turut boleh digunakan untuk dongel seperti Chromecast with Google TV, Realme TV Stick atau kotak set Mecool KM7 Plus.

Terkini, Google telah mengembangkan ciri ini ke aplikasi Google Home. Jika sebelum ini Google Home sudah boleh mengawal peranti atau televisyen Android/Google TV terpilih, kini lebih banyak televisyen turut boleh dikawal walaupun ia bukan Android – termasuk Samsung, LG dan banyak lagi.

Alat kawalan jauh pada aplikasi Google Home ini memberikan ciri menukar saluran, hidup/matikan TV, jeda/main, maju/mundur, kawalan aras suara dan juga menukar antara input. Ini mungkin langkah Google dalam mengintegrasikan sokongan Matter 1.0, di mana peranti internet benda dari pelbagai jenama dan ekosistem boleh disambungkan antara satu sama lain.

komen


© Amanz / 2023 Kami