Twitter Blue Kini Ditawarkan Pada Harga $84 Setahun

Diterbitkan pada Jan 18, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Langganan Twitter Blue selama ini adalah secara bulanan pada harga $8 sebulan. Hari ini Twitter mula menawarkan langganan Twitter Blue selama setahun bermula daripada $84 untuk pelanggan di Amerika Syarikat. Ini menjimatkan yuran langganan sehingga 12% berbanding membayarnya secara bulanan.

Pakej langganan tahunan ini diberikan kepada pelanggan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand dan Jepun. Pada waktu ini harga langganan ini tidak dikenakan harga lebih mahal sekiranya pembayaran dilakukan menerusi App Store. Twitter masih belum ingin menawarkan Twitter Blue ke pasaran lain. Dengan Elon Musk perlu membayar semula hutang bank untuk membeli Twitter, langganan selama setahun ini akan membolehkan pendapatan yang lebih tinggi dijana.

komen


© Amanz / 2023 Kami