OnePlus 11 Melepasi SIRIM Menandakan Pelancaran Di Malaysia Semakin Hampir

Diterbitkan pada Jan 19, 2023. oleh .

OnePlus 11 dilancarkan di China pada 6 Januari lalu dengan pelancaran global pula akan dilakukan pada 7 Februari di India. Bagi peminat OnePlus di Malaysia, ada berita baik hari ini kerana OnePlus 11 telahpun melepasi laman SIRIM pada 17 Januari.

Secara lazimnya dengan peranti sudah memasuki pangkalan data SIRIM, pelancarannya di Malaysia adalah semakin hampir. Peranti dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED QHD+ 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 256GB, dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 100W.

Spesifikasi kamera utama pula ialah 50MP OIS (Sony IMX980) + 48MP (Ultra-lebar Sony IMX581) + 32MP RGBW (telefoto dengan zum optikal 2X). Sementara itu, kamera swafoto pula sebesar 16MP. Sistem kamera Hasselblad turut ditawarkan sama seperti pada Oppo Find N2.

komen


© Amanz / 2023 Kami