CelcomDigi Kini Menawarkan Pas Perayauan 5G Di 38 Buah Negara

Diterbitkan pada Jan 19, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

CelcomDigi kini mengumumkan penawaran pas perayauan 5G untuk pelanggan Celcom dan juga Digi, ke lebih 38 buah negara.

Dibawah penawaran pas perayauan ini, pelanggan Celcom boleh melanggan pas 30 hari tanpa had pada harga RM98 – dan digunakan di 57 buah negara, dengan sokongan 5G di 38 buah negara.

Sementara untuk Digi pula, mereka boleh menikmati pas 30 hari yang hadir dengan data 30GB pada harga RM95, dan digunakan di 69 buah negara, dengan sokongan 5G di 38 buah negara.

Disamping pas jangka masa panjang, Celcom dan Digi juga turut menawarkan pas jangka pendek.

Celcom menawarkan pas 7 hari tanpa had pada harga RM58, sementara Digi pula menawarkan pas 2GB bersama 30 minit panggilan untuk penggunaan selama 3 hari, pada harga RM25.

Bagi anda yang menggunakan rangkaian Celcom dan Digi, boleh menyemak penawaran pas perayauan ini melalui masing-masing aplikasi Celcom Life dan juga MyDigi.

komen


© Amanz / 2023 Kami