Nokia C12 Dilancarkan Dengan Android 12 (Go Edition) Dan Mikro USB

Diterbitkan pada Jan 19, 2023. oleh .

Nokia C12 telah dilancarkan secara rasmi sebagai sebuah lagi telefon pintar berspesifkasi asas. Melaluinya, ia dijana dengan cip Unisoc SC9863A1 dengan gabungan memori 2GB RAM dan storan dalaman 64GB.

Sebagai tambahan, peranti turut menyokong ciri penambahan RAM secara maya mencapai 2GB RAM, sekaligus menjadikan ruang keseluruhannya adalah 4GB RAM. Bagaimanapun tiada sokongan slot microSD yang disediakan pada peranti.

Seterusnya skrin adalah sejenis bertakuk kecil dengan saiz 6.3-inci beresolusi HD+. Kapasiti bateri pula 3000mAh yang menyokong sistem pengecasan 5W menerusi port mikroUSB. Peranti turut memuatkan sokonga dua kamera dengan tetapan 8MP sensor utama di belakang dan 5MP pula kamera swafoto.

Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan Android 12 GO, menyokong rangkaian 4G, bluetooth 5.2 dan bicu audio 3.5mm. Untuk harga, Nokia C12 dijual pada €120 (~RM560) dengan pilihan warna seperti Light Mint, Dark Cyan dan Charcoal. Tiada maklumat mengenai ketersediaannya untuk pasaran Malaysia yang diketahui buat masa ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami