Mailchimp Digodam Sekali Lagi
Nazrin
Pada pertengahan tahun lepas, syarikat pengelola perkhidmatan emel terkemuka MailChimp telah digodam menggunakan teknik kejuruteraan sosial (sosial engineering) untuk mendapatkan butiran log masuk bahagian perkhidmatan pelanggan syarikat tersebut yang kemudiannya memberikan akses kepada sistem dalaman dimana para penggodam ini mendapatkan butiran sulit sejumlah besar pelanggan-pelanggan mereka.
Terkini, Mailchimp nampaknya telah digodam sekali lagi pada 11 Januari ini melalui pengumuman pada blog mereka. Secara ringkasnya, penggodam terbaru ini menggunaan teknik kejuruteraan sosial yang sama seperti sebelum ini dan telah melaporkan bahawa sebanyak 133 akaun pelanggan mereka telah dikompromi.

Diantara pelanggan terbesar mereka yang terkesan dengan serangan ini ialah WooCommerce, yang mana mereka mendapati bahawa butiran nama, alamat dan alamat emel mungkin telah dikompromi. Walaupun begitu, butiran seperti kata laluan dan nombor kad kredit tidak terkesan setakat ini.
Malchimp mengatakan bahawa mereka perasan aka serangan ini hampir sejurus selepas ia berlaku, dan buat masa ini, telah memastikan bahawa sistem keselamatan digital mereka dikemaskini untuk memastikan serangan seperti ini tidak berlaku lagi selepas ini.
[sumber]Mailchimp[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.