6 Sebab Samsung OLED 4K S95B Ialah TV Pilihan Untuk Tahun Baharu

Diterbitkan pada Jan 20, 2023. oleh .

Tanggal 1 Januari yang lalu bersepah-sepah jenaka “resolusi tahun baru aku ialah 4K HDR” di Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, dan platform media sosial popular yang lain. Jenaka ini sudah agak berusia dan sesuai dilakukan oleh insan yang berusia dalam kategori bapak-bapak sahaja sebenarnya.

Tetapi apa untuk tahun 2023, jadikan jenaka tahun demi tahun ini azam sebenar anda. Tahun 2020, 2021 dan 2022 kami yakin dipenuhi pelbagai cabaran. Maka mari mulakan tahun 2023 dengan membeli TV 4K yang mantap di pasaran. Izinkan kami memberikan enam sebab mengapa Samsung OLED 4K S95B ialah TV yang perlu menjadi pilihan anda.

Rekaan LaserSlim Nipis

Samsung ialah jenama TV nombor satu global selama 16 tahun berturut-turut. Maka mereka mempunyai pedigri yang terbukti dan produk mereka boleh dibeli tanpa was was. Kualiti sudah terbukti tetapi kami rasakan sebab lain TV mereka popular adalah kerana rekaannya yang menarik.

S95B hadir dengan rekaan LaserSlim yang cukup nipis. Dari sisi panel OLED TV ini lebih nipis berbanding sebuah telefon pintar dan tablet. Ada 90% kemungkinan azam anda untuk menguruskan berat badan dan mengempiskan perut gagal tahun ini. Tetapi ada 100% kemungkinan TV anda di rumah adalah nipis sepanjang 2023 dengan S95B!

Ini membolehkan ia kelihatan lebih kemas sekiranya digantung pada dinding rumah dan lebih penting lagi bagi insan dengan anak-anak kecil, S95B lebih ringan berbanding TV lain dengan saiz yang sama.

Panel OLED

Kami yakin bahawa anda sedang membaca artikel ini pada sebuah telefon pintar dan yakin juga peranti pintar di tangan anda ini dilengkapi skrin OLED. Maka kami tak perlu menjual kepada anda tentang kelebihan OLED berbanding panel IPS LCD biasa.

Anda pasti tahu warna hitam pada panel OLED adalah lebih legap, penghasilan semula warna yang lebih hidup dan skrin yang memaparkan kandungan dengan terang walaupun dalam situasi yang terang benderang. Keterangan skrin Q95B boleh mencecah 1200 nits yang membolehkan kandungan HDR10+ dipaparkan pada tetapan yang sebenarnya seperti visi asal pengarah.

Neural Quantum Processor 4K

Kami sudah mengulas TV selama lima tahun di Amanz dan perkara yang kami sedari ialah tidak banyak kandungan 4K natif ditawarkan kepada pengguna. Secara lazimnya platform penstriman masih menawarkan majoriti kandungan pada resolusi 1080p sahaja. Di YouTube misalnya masih terdapat kandungan 360p. Apabila kandungan-kandungan ini dipaparkan pada skrin 4K ia pecah-pecah, warna tidak hidup dan langsung tidak tajam.

S95B dilengkapi cip Neural Quantum Processor 4K yang melakukan proses upscale untuk kandungan dengan resolusi rendah. Ia turut mempelajari babak yang muncul, dan mengoptimasikan pewarnaan babak tersebut menggunakan kecerdasan buatan. Isu-isu yang kami senaraikan tadi tidak wujud pada S95B kerana adanya Neural Quantum Processor 4K.

Real Depth Enhancer

Jika menerusi Neural Quantum Processor 4K ia mempelajari babak dan memberikan kualiti pewarnaan lebih baik, teknologi Real Depth Enhancer pula mempelajari babak dan mengesan objek yang mempunyai perbezaan kedalaman. Ia seterusnya akan memberikan penambah baikan dalam kontras yang membezakan kedudukan objek dalam babak, bagi menambahkan lagi kualiti imej yang ditonton pengguna. 

Motion Xcelerator Turbo+ (4k 120Hz VRR)

Anda sebab utama TV baharu perlu dibeli pada tahun 2023 ialah sokongan gaming yang lebih baik. TV pintar generasi terdahulu tidak mampu menyokong kadar bingkai tinggi dan mempunyai isu masa pendam visual yang ketara sehingga mengurangkan kenikmatan sesi gaming.

Dengan Motion Xcelerator Turbo+, S95B boleh memaparkan visual pada tetapan 4K 120Hz lengkap dengan Variable Refresh Rate (VRR) dan Auto Low Latency Mode (ALLM). Kesemua ciri ini diperlukan bagi mengoptimasikan pengguna konsol generasi terkini seperti PlayStation 5 dan Xbox Series X. Bagi pemilik PC pula, sokongan AMD FreeSync Premium turut diberikan bagi memastikan tiada isu visual kelihatan seperti terkoyak.

Dolby Atmos

Untuk pengalaman tontonan kandungan video yang terbaik Trinity Suci visual pada resolusi tinggi, panel TV yang mantap dan audio yang menyeluruh adalah diperlukan. Pada S95B, Triniti Suci skrin beresolusi 4K dan panel OLED dipadankan dengan audio Dolby Atmos.

Sistem speaker 2.2.2 terbina pada S95B menyokong Dolby Atmos dengan dua speaker belakang melontar audio ke atas untuk dipantulkan pula ke bawa bagi memberikan pengalaman audio yang jauh lebih baik berbanding sistem audio 2.0 yang biasa ditemukan pada TV pintar lain.

Jika sistem speaker S95B anda rasakan tidak cukup “oomph”, anda boleh memadankannya pula dengan sistem soundbar Samsung Q-Series terkini Samsung yang menyokong Dolby Atmos secara nirwayar. Samsung ialah satu-satunya jenama yang boleh melakukannya pada waktu ini.

Kesimpulan

Jadi jelas sekali Samsung 4K OLED S95B ini ialah televisyen pintar yang cukup sifatnya. Resolusi skrin yang tinggi, panel OLED dan audio Dolby Atmos yang cukup menggegarkan.

Di Malaysia Samsung OLED 4K S95B ditawarkan dalam saiz 55 inci pada harga RM 10,499 dan saiz 65 inci pada harga RM 14,499. Ada boleh pergi ke cawangan rasmi Samsung yang berhampiran bagi mencuba sendiri sebelum membeli TV ini. Jadikan resolusi 4K OLED S95B sebagai resolusi anda untuk tahun 2023

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

komen


© Amanz / 2023 Kami