Mesej Suara Kini Boleh Digunakan Pada WhatsApp Status

Diterbitkan pada Jan 19, 2023. oleh .

Terdahulu kami ada menerbitkan satu artikel mengenai WhatsApp sedang menguji ciri mesej suara menerusi ciri status. Ia kini telah mula diedarkan kepada beberapa pengguna beta menerusi kemas kini baharu.

Melaluinya pengguna kini boleh berkongsi mesej suara sebagai kemas kini status bersama kenalan tertentu. Ia boleh diakses pada ciri status menerusi butang khusus yang disediakan pada bahagian bawah. Masa rakaman yang boleh dibuat adalah sehingga 30 saat dan ia akan hilang secara automatik selepas 24 jam dimuat naik.

Sebagai pilihan, pengguna turut boleh memadamnya secara manual sekiranya mahu. Begitu juga kebolehan untuk membuang rakaman sebelum berkongsinya. Seperti dalam ruang sembang utama, mesej suara ini turut akan disulitkan dan tidak boleh diakses oleh sesiapa.

Setakat ini, ia hanya ditawarkan buat pengguna beta terpilih. Namun kita mungkin boleh melihat pengenalannya diperluaskan secara rasmi buat semua pengguna dalam masa terdekat ini. Pastikan aplikasi WhatsApp sentiasa dikemaskini bagi memastikan ciri baharu dapat dinikmati kelak.

komen


© Amanz / 2023 Kami