#LG

Monitor Gaming LG UltraGear OLED 240Hz Kini Boleh Dipratempah Pada Harga RM4497

Diterbitkan pada Jan 19, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LG UltraGear OLED 240Hz (model 27GR95QE) telah diperkenalkan di CES 2023 sebagai sebuah monitor gaming dengan sejumlah ciri yang menarik. Seperti namanya, panel sejenis OLED digunakan yang turut menyokong resolusi QHD+ (2560 X 1440 piksel) dan kadar segar semula 240Hz.

Bagi yang berminat, ia kini sudah boleh dipratempah di Malaysia dengan harga jualan RM4,497. Sesi pratempah ini dibuka sehingga 12 Februari hadapan dengan hadiah percuma menarik berupa beg dan botol air eksklusif UltraGear yang disertakan bersama.

Untuk spesifikasi khusus, LG UltraGear OLED menampilkan sebuah skrin OLED sebesar 27-inci QHD+ dengan kadar segar semula 240Hz. Ia turut memuatkan teknologi AMD FreeSync Premium dan NVIDIA G-SYNC untuk pengalaman permua yang tiada isu, di samping olahan warna juga lebih cantik dengan sokongan teknologi HDR10.

Pilihan I/O pula terdiri dengan HDMI 2.1 dan DisplayPort 1.4 yang turut menggabungkan sokongan untuk bicu audio 3.5mm. Kesemua ciri dan fungsi yang dinyatakan telah dimuatkan ke dalam sebuah skrin dengan saiz bezel yang seimbang di kesemua sisi. Di samping sokongan tapak yang dilihat diperbuat daripada logam padat.

komen


© Amanz / 2023 Kami