Carian
Instagram Perkenal “Quiet Mode” – Nyah-Aktifkan Pelbagai Notifikasi Ketika Waktu Malam
January 19, 2023 Aman

Instagram hari ini mengumumkan ciri baharu dinamakan sebagai “Quite Mode”, dimana ia mengalakkan pengguna dalam mengehadkan penggunaan aplikasi tersebut – sekaligus lebih aktif pada dunia nyata.

Apabila diaktifkan, ia akan aktif antara pukul 10 malam sehingga 7 pagi (dimana boleh dilaraskan masanya melalui halaman tetapan), dan ketika ia aktif, pengguna tidak akan menerima sebarang notifkasi melalui Instagram.

Langkah ini akan mengelak anda – terutamanya pengguna muda dan remaja dalam menghabiskan masa di Instagram pada waktu malam.

Sebaik sahaja Quite Mode tamat, pengguna akan diperlihatkan dengan ringkasan notifikasi untuk memudahkan anda mengikuti pelbagai perkara yang terlepas dengan mudah.

Buat masa ini, ciri ini hanya diaktifkan di Amerika Syarikat, UK, Ireland, Kanada, Australia dan juga New Zelaland. Instagram dijangka memperluaskannya ke negara lain secara berperingkat selepas ini.

Komen