Cari @ Amanz

Microsoft kini mengemaskini halaman jualan Windows 10, dan menyatakan akan berhenti menjual Windows 10 dalam bentuk muat-turun pada 31 Januari 2023.

Ini bermakna, pengguna tidak akan dapat membelinya terus daripada pihak Microsoft selepas tarikh tersebut. Apa pun, Microsoft turut menekankan yang mana Windows 10 akan terus disokong dengan kemaskini sekuriti dan sebagainya sehingga 2025 kelak.

Walaupun telah berhenti ditawarkan melalui laman rasmi, lesen Windows 10 dijangka masih boleh didapati melalui pekedai-pekedai yang menawarkannya selepas tarikh tersebut.

Pengguna seperti biasa diminta menaik-taraf atau mendapatkan lesen Windows 11 selepas tarikh tersebut.

Lesen Windows 10 Home dijual pada harga RM919 buat masa sekarang, melalui laman Microsoft.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd