Twitter hari ini mengemaskini terma perjanjian untuk para pembangun, sekaligus mengharamkan semua aplikasi pihak ketiga untuk perkhidmatan sosial tersebut.
Melalui kemaskini terma terbaharu, Twitter mengharamkan penggunaan API mereka untuk membangunkan produk atau perkhidmatan berbentuk lebih kurang sama atau pengganti untuk Twitter.
Kemaskini terma ini hadir selepas Twitter mematikan secara tiba-tiba akses kepada API mereka sebelum ini, sekaligus membuatkan sejumlah aplikasi pihak ketiga Twitter tidak dapat digunakan.
Dengan perubahan ini, semua aplikasi pihak ketiga tidak lagi akan dapat digunakan, dan pengguna perlu menggunakan aplikasi rasmi daripada pihak Twitter dalam mengakses perkhidmatan tersebut. Ia turut dijangka Twitter akan dapat menjual iklan dengan lebih efektif dengan hanya penawaran satu platform atau aplikasi sahaja – tanpa diganggu aplikasi pihak ketiga lain.