Carian
Android 13 Hanya Digunakan Oleh 5.2% Peranti Setakat Ini
January 20, 2023 Effi Saharudin

Android 13 telah dilancarkan pada Ogos tahun lalu selepas hampir enam bulan ia kini digunakan oleh 5.2% peranti Android di seluruh dunia menurut grafik terkini Android Studio. Google tidak lagi menerbitkan peratusan penggunaan sistem operasi Android secara bulanan sejak beberapa tahun yang lalu kerana kerap kali nampak menyedihkan.

Android 11 ialah versi yang paling banyak digunakan dengan ia memegang 24.4% diikuti oleh Android 10 (19.5%), Android 12 (18.9%), Android 9 Pie (13.2%) dan Android Oreo (9.5%). Agak menarik melihat masih terdapat 0.7% peranti menggunakan Android KitKat yang sudah berusia hampir 10 tahun.

Walaupun Project Mainline telah diaktifkan, proses mengemaskini pada peranti Android masih lagi perlahan kerana perlu dilakukan secara berperingkat tidak seperti yang dilakukan oleh Apple. Sungguhpun begitu pengeluar seperti Samsung kini berjaya memendekkan masa menunggu serta memberikan sokongan kemas kini lebih lama untuk peranti Android.

Komen