Google Message Kini Menyokong Penyulitan Penuh Untuk Mesej Berkumpulan

Diterbitkan pada Jan 20, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Aplikasi Google Message kini telah menjadi aplikasi pemesejan lalai untuk kebanyakan peranti Android. Ini adalah untuk meneruskan usaha Google dalam menggalakkan penggunaan RCS, iaitu pesaing kepada iMessage yang didakwa lebih selamat.

Kini, Google Message telah dikemaskini untuk menyokong mesej berkumpulan sehingga 100 orang – meningkat dari 21 orang sebelum ini. Bukan itu sahaja, mesej berkumpulan ini turut menyokong penyulitan hujung-ke-hujung untuk pengalaman pemesejan yang lebih selamat dan penuh sekuriti.

Tetapi buat masa ini, ciri ini hanya dihadkan kepada pengguna Google Message versi beta dan masih belum diedarkan kepada semua. Dalam cubaan saya, mesej berkumpulan masih dikira sebagai SMS/MMS pada kedua-dua peranti Android dengan ciri RCS diaktifkan.

komen


© Amanz / 2023 Kami