Kajian Mendapati Pengering Kuku UV Menyebabkan Mutasi Sel Yang Mengakibatkan Kanser

Diterbitkan pada Jan 20, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adakah anda kerap pergi ke salon kuku untuk mendapatkan manikur gel yang cantik? Sekiranya ya anda mungkin perlu menyedari risiko yang dihadapi sekiranya ia kerap dilakukan. Menurut kajian penyelidik dari University of California San Diego, mesin pengering kuku ultra ungu (UV) yang digunakan manikur gel menyebabkan mutasi sel yang boleh mengakibatkan kanser kulit.

Kajian dilakukan selepas penyelidik membaca kes ratu-ratu cantik menghidap penyakit kulit yang jarang dikesan pada bahagian jari. Persamaan antara mereka ialah kerap mendapatkan manikur gel. Dalam ujian yang dilakukan ke atas sel manusia dan tikus di makmal, pendedahan kepada mesin (UV) selama 20 minit menyebabkan 30% sel mata. Selepas tiga sesi selama 20 minit pula, sehingga 70% sela didapati mati. Pada sel yang tidak mati, kerosakan pada DNA dan mutasi yang ditemukan pada pesakit kanser kulit ditemukan.

Kajian yang lebih panjang akan dilakukan bagi melihat sama ada penggunaan pengering kuku UV boleh menyebabkan berlakunya kanser kulit. Dalam kajian awal ini, ia sekadar mengesahkan ia menyebabkan mutasi yang boleh menjurus kepada kanser kulit.

Manikur kuku berasaskan gel menjadi popular pada awal 2010 kerana ia lebih tahan lasak dan tempoh pengeringan yang lebih pantas berbanding mewarnakan kuku biasa. Selepas diletakkan pada kuku, ia tidak mudah sumbing dan ini menjimatkan masa kepada pengguna yang tidak mahu mewarnakan kuku dengan kerap.

komen


© Amanz / 2023 Kami