Alphabet Inc Membuang 12,000 Tenaga Kerja

Diterbitkan pada Jan 20, 2023. oleh .

Alphabet Inc yang merupakan syarikat induk Google mengumumkan mereka akan melakukan pengurangan sehingga 12,000 tenaga kerja. Ini adalah bersamaan dengan 6% jumlah keseluruhan tenaga mereka. Pengumuman dilakukan oleh CEO Sundar Pichai dengan proses pengurangan tenaga kerja melibatkan kakitangan yang di seluruh dunia.

Google Malaysia

Kakitangan di setiap perniagaan Alphabet akan terjejas tetapi lebih mendatangkan impak kepada mereka yang terlibat dalam pengambilan pekerja dan yang di luar perniagaan teras syarikat. Dengan dunia diramal mengalami kemerosotan ekonomi tahun ini, syarikat teknologi utama mula memecat pekerja sebagai langkah mengurangkan kos.

Hanya semalam Microsoft mengumumkan 10,000 kakitangan akan dibuang kerja yang merupakan jumlah terbesar pernah dilakukan dalam sejarah syarikat.

komen


© Amanz / 2023 Kami